Hot rabbit

Lop ear x mix Angora ready for sale

Dob 13/8/11

4 jantan/1 Betina

English Angora x Angora mix for sale

English angora X angora mix ready for sale

dob 13/8/11

buck 3/doe 3 (jantan 3/betina 3)

English Angora x Teady bear ready for Booking

 

English Angora x Teady Bear

Dob 8/8/2011

Stok for Sale 3 doe/2 Buck ready for booking

Rm150.00 all white colour

Rabbit For Sale

 

Rabbit For Sale

English Angora rabbit
Buck
Dob. 23/9/2011
Manja dan Sihat cergas
* Bulu di bahagian telinga kurang sikit
Berminat boleh hubungi di bahagian contact us
Thank you.

Hay Grass

 Alfafa Hay
Alfalfa h
ay sesuai diberikan kepada arnab berusia 6 bulan ke bawah. Berbatang (straw) di mana ianya bagus untuk mengelakkan gigi arnab tumbuh memanjang. Daun yang lembut dan berbau harum. Berwarna kehijauan dan sedikit kekuningan. Berfungsi membentuk tulang yang baik kerana mengandungi tinggi kalsium dan mengalakkan penghasilan susu bagi ibu arnab yang sedang menyusukan anak.
Crude Protein (min) 16.0%
Crude Fat (min) 1.5%
Crude Fiber (max) 32.0%, Moisture (max) 15.0%

Timothy hay sesuai untuk arnab berusia 6 bulan ke atas. Timothy hay kurang lemak & kurang kalsium. Fungsinya hampir sama dengan alfalfa iaitu amat bagus untuk proses mengunyah bagi arnab anda. .
Guaranteed Analysis:

Crude Protein (Min.)6.0%,

Crude Fat (Min.) 2.0%,

Crude Fiber (Max.) 32.0%,
Moisture (Max.) 12.0%,
Calcium (Min.) 0.25%,
Calcium (Max.) 0.75%

Orchard Grass

Orchard Grass, hampir sama seperti Timothy Hay tetapi ‘cattails’ hanya sedikit atau tiada setiap 1/32 inci. Cattails biasanya berwarna coklat pucat, berbanding Timothy cattails berwarna hijau atau kuning. Orchard Grass tinggi fiber dan rendah protein 7.6% dan kalsim 0.24%. Orchard grass amat lembut dan berbau harum. Ia amat sesuai untuk arnab usia 6 bulan ke bawah, dan bagi arnab yang tidak menyukai timothy.
Crude Protein min 7.00%
Crude Fat min 1.50%
Crude Fiber max 32.00%
Moisture max 15.00%
Calcium min 0.25%
Calcium max 0.75%

Bermuda Grass
Bermuda grass mempunyai batang yang fleksibel, helaian yang nipis, berwarna hijau muda atau hijau kekelabuan. Ia mempunyai kandungan tinggi fiber. Kebanyakan arnab menyukai Bermuda grass sebagai sumber makanan yang mempunyai kandungan kalori yang sederhana. Biasanya Bermuda grass tidak akan berterabur di dalam sangkar berbanding Oat Hay. Bermuda grass tidak mempunyai bunga dan ‘cattails’

Crude Protein (min)….. 6.0%
Crude Fat (min)……….. 1.0%
Crude Fiber (max)…… 32.0%
Moisture (max)………. 12.0%
Calcium (min)………… 0.25%
Calcium (max)……….. 0.75%

Oat Hay
Sesuai untuk arnab berusia 6 bulan ke atas. Tinggi kandungan fiber, rendah protein iaitu 8.6% protein, .29% calcium) dan lebih manis. Amat sesuai bagi arnab yang terlalu memilih jenis hay.

Crude Protein min 7.00%
Crude Fat min 1.50%
Crude Fiber max 32.00%
Moisture max 15.00%

Rabbits chart

Principal Color(s) Avg. lbs. Traits
Name
American Rabbit Blue & White 10 Commercial
Giant Angora White 10 Wool that is matt free with 3 wools
English Angora White & Colored 6 Wool
French Angora White & Colored 8+ Wool
Belgian Hare Rufus Red 8 Show
Beveren White, Blue, Black 10 Commercial
Britannia Petite White 2.25 Show
Californian White 9 Commercial
Champagne d’Argent Bluish-white tipped w/black 10 Commercial/Fur
Checkered Giant Black & Blue 9+ Commercial/ Exhibition
American Chinchilla Like Chinchilla 10 Commercial
Giant Chinchilla Like Chinchilla 14 Commercial
Standard Chinchilla Like Chinchilla 6.5 Commercial/ Fur
Cinnamon Cinnamon with smoke-gray ticking, Fur blending to smoke-grey midway on side 9.5 Commercial/ Fur
Creme d’Argent Creamy white with orange cast 9 Commercial/ Fur
Dutch Black, Blue, Show Chocolate, Gray, Steel, Tortoise 4.5 Show
Dwarf Hotot White with black eye-ring  2.5 Show
English Spot Black, Blue, Chocolate, Gold Gray, Lilac, Tortoise 6 Show
Flemish Giant Black, Blue, Fawn, Light Gray, Sandy, Steel Gray, White  12+ Commercial/Show
Florida White White 5 Lab/Show
Harlequin (Magpie & Japanese) Alternating 8 Commercial/ Fur/Show
Havana Black, Blue, Chocolate 5.5 Fur/Show
Himalayan Black, Blue 3.5 Show
Hotot White w/ Black eye-ring 9  Commercial/Show
Jersey Wooley White/Colored 3 Exhibition
Lilac Lilac 6-Jul Fur/Show
English Lop Solid, Broken 10 Show
French Lop Solid, Broken 11 Commercial/Show
Mini Lop Solid, Broken 6 Show
Fuzzy Lop Broken, Solid 3.5 Show
Holland Lop Solid, Broken 3 x
Netherland Dwarf Self, Shaded, Agouti, Tan Pattern 2.5 Show
New Zealand Black, Red, White 10 Commercial
Palomino Golden, Lynx 10 Commercial
Polish Black, Chocolate Blue Eyed White, Ruby Eyed White 2.5 Show
Rex Has velvet-smooth coat in many colors 8 Commercial/Fur
Mini-Rex Has velvet-smooth coat in many colors 4 Fur/Show
Rhinelander Three colored 8 Show/ Commercial
Sable Sepia brown shading to chestnut brown on stomach 8 Show/Commercial
Satin Nine colors with high sheen 9 1/2 Commercial/Fur
Satin Angora High sheen wool 8 1/2 Wool
Silver Fox Black & Blue 10 Commercial/Fur
Silver Marten Black, Chocolate, Blue, Sable 8 Show/Commercial
Tan Black, Blue, Chocolate, Lilac 4-May Show

Tips For Breeding Rabbits

Tips penjagaan untuk memerlihara salah satu haiwan berbulu cantik,Menarik dan berbagai warna iaitu Arnab, Atau dalam bahasa Inggerisnya, dipanggil RABBIT.
Bagi Peminat yang baru mula hendak memerlihara arnab, Beberapa tips yang akan dikongsikan bersama untuk memerlihara arnab. Arnab nih dia ada macam-macam jenis. Nak tahu jenis-jenis dia, kamu boleh lihat di post sini
Antara beberapa perkara yang perlu kamu tahu untuk memerlihara arnab adalah;

Makanan
Jika kita lihat di kedai pet, makanan arnab yang biasanya ada dijual adalah PELLET, Ada yang panggil Dedak arnab. Pellet nih rupa dia panjang-panjang.Pellet yang saya gunakan ‘Gold Coin’. Ada juga penternak gunakan Cargill, FFM dan dll.
Pellet a.k.a dedak arnab
Selain itu ada juga makanan arnab lain, seperti timoty HAY dan beberapa jenis rumput lain yang dikatakan sangat bagus untuk diet arnab. Ada juga rumput yang tinggi protin seperti Alfafa hay yg baik untuk anak dan Ibu Bunting dan menyusu. Bagi yang mahu kurang kan bajet bolehlah menggunakan ‘rumput Israel’ sebagai diet.
rumput israel
Rumput Israel
Selain rumput Israel, daun kangkung, daun pucuk manis, dan daun ulam raja juga menjadi makanan sampingan untuk arnab. Ianya tidak memerlukan kos yang tinggi sebab kesemua jenis pokok dan daun yang saya beritahu tadi semuanya sudah ada tertanam disekeliling rumah saudara. Terutamanya rumput Israel. Memang banyak boleh dipetik dalam belukar dikebun-kebun dan tepi jalan. Daun pucuk keledek dan daun pucuk ubi juga boleh diberikan kepada arnab. Tetapi kamu perlu menjemurnya terlebih dahulu untuk mengeringkan getah yang ada pada daun tersebut. Ini untuk mengelakkan arnab ‘mabuk’ kerana termakan daun yang bergetah.
:!: Perlu saya ingatkan disini, jika memberi arnab makan sayur atau daun-daun, Basuh dahulu biar bersih dan dijemur dahulu 2 hingga 3jam biar kering untuk memgurangkan kandungan air didalam daun tersebut, serta menghilangkan getah. Kerana ia boleh menyebabkan arnab kamu mengalami sakit perut.
Air yang bersih juga perlu disediakan untuk arnab (bukan air berklorin). Pastikan bekas untuk meletakkan air minum arnab sentiasa dalam keadaan bersih untuk mengelakkan arnab terkena jangkitan penyakit. Bagi yang ada bajet boleh menggunakan ‘Drinker nipple rabbit’. Ini dapat menjimatkan masa dan mudah untuk menyeleggara.
Tempat Tinggal
Kamu boleh memilih sama ada mahu memerlihara arnab didalam sangkar, atau buatkan sebuah reban untuk arnab kamu. Jika kamu bercadang untuk memerliharanya sekadar untuk suka-suka (bukan untuk ternakan), kamu bolehlah membelanya didalam sangkar. Sangkar yang lebih kurang macam sangkar kucing tuh…kat kedai Pets ada jual, Tapi jika kamu bercadang untuk membuat ternakan, lebih baik kamu buatkan reban untuk arnab-arnab kamu. Dengan tempat yang luas dan besar didalam reban, arnab kamu akan lebih bebas bergerak dan tidak terasa sesak bila bilangan arnab sudah bertambah banyak. Jika kamu ingin membina reban arnab, pastikan reban itu mempunyai 2 pintu. Maksud saya, reban tu dah dibahagi 2 atau dah disekat dibahagian tengahnya. Ini untuk memudahkan kamu memisahkan arnab jantan dan arnab betina bagi mengatur kitar peranakkan bagi arnab kamu. Sebab arnab betina nih, tiba waktu dia dah boleh beranak, dia akan subur sentiasa… huhu~ Nisbah untuk menternak arnab adalah 1:5. Iaitu 1 arnab jantan nisbah 5 arnab betina.  
Kesihatan
Pastikan arnab kamu sentiasa diberi minum air yang bersih untuk mengelakkan jangkitan penyakit. Jika kamu hanya berikan arnab kamu makan pellet/dedak arnab sahaja, kamu perlu pastikan air minum arnab sentiasa ada kerana arnab akan mudah haus dan kuat minum air jika ia hanya diberi makan pellet sahaja. Jangan beri arnab kamu makan kobis bulat… erm~ nih saya pun tak pasti kenapa… mungkin akan ada masalah dengan perut kot~
Elakkan arnab kamu dari kesejukan. Pastikan kamu tidak memandikan arnab kamu kerana arnab tidak tahan dengan sejuk. Effect; kaki arnab akan jadi kaku. Jika bulunya kotor gunakan spray atau kain dilap tempat yg kotor saja.
Pastikan reban atau sangkar arnab kamu sentiasa bersih. Buang atau basuh bekas tahi seminggu sekali atau 3 hari sekali, kalu rajin hari hari…hehhe untuk mengelakkan arnab kamu diganggu hama, agas-agas, atau semut dan berbau busuk.
Kawinkan Arnab dan Tempat Beranak
Pada keadaan semulajadi (di hutan) arnab betina akan mengawan semula dalam masa 24-48 jam selepas beranak. Keadaan ini tidak digalakkan dalam penternakan arnab komersial, kerana arnab betina tidak boleh digunakan lebih lama.Ibu arnab boleh beranak paling cepat, Seelok eloknya biarlah cerai susu..macam (org dalam Pantang). Jika kamu tak larat nak jaga arnab yang beranak sebulan sekali, kamu perlu pisahkan arnab jantan dan arnab betina didalam reban. Kitarannya perlulah kita planning sendiri…;
Untuk memastikan arnab tersebut sudah mengawan ialah apabila arnab jantan memanjat arnab betina untuk seketika dan kemudian arnab jantan akan menurunkan badannya seperti keadaan mengelunsur kebelakang atau terlentang.
Untuk memastikan kebernasan, proses mengawan yang pertama pada jam 8-10 pagi dan yang kedua boleh dilakukan 5-6 jam selepas proses mengawan yang pertama. iaitu pada waktu petang. Tempoh Bunting arnab 29 hingga 31 hari. Pada minggu keempat tempat beranak arnab bolehlah diletakkan supaya arnab tersebut dapat menyesuikan diri lebih awal.

Tempat beranak untuk ibu arnab pula, jika kamu rajin, kamu bolehlah buatkan kotak seperti gambar dibawah.
Kotak yang digunakan untuk arnab melahirkan anak...
Kotak yang digunakan untuk arnab melahirkan anak…
Kalau tak pandai buat, gunakan raga yg kecil..kat kedai plastic ada jual..
Penjagaan Anak Arnab
Kita perlu lihat keadaan ibu arnab. Ada sesetengah ibu arnab yang pandai menjaga anak. Tidak kurang juga ibu arnab yang tak pandai menjaga anak dan hanya membiarkan anaknya mati begitu sahaja. Jika si ibu arnab pandai menjaga anaknya, apa yang perlu kamu buat, hanya memastikan ibu arnab berada dalam keadaan sihat dan mendapat makanan dan minuman yang cukup. Tetapi jika si ibu arnab tidak pandai menjaga anak, kamu perlu sama-sama menjaga anak arnab tersebut.
Anak arnab yang baru lahir...
Anak arnab yang baru lahir…
Antara tips yang saya dapat dari rakan rakan , ada mengatakan kita perlu pegang si ibu arnab menyusukan anaknya dengan cara memegang keempat-empat kaki ibu arnab tersebut. Manakala tips yang lain pula, ada yang mencadangkan supaya anak arnab diberi minum air rebusan beras (air bubur) dengan picagari hingga 4 minggu.

Permainan
Seperti kucing, arnab juga adalah sejenis haiwan yang boleh dimanja. Jika arnab ini manja, ia akan mengeluarkan bunyi ‘purr‘ seperti kucing gak. (boleh refer Lazybunny). Sesekali, kamu boleh bermain dan manjakan arnab yang kamu perlihara di tempat yang luas…mememang dia seronok berlari sambil menjerit yahoooo…bebas..

Love Rabbit

Kepada pelanggan-pelanggan Rabbitgroup, Terima kasih kerana mendapatkan pet anda dari kami.
Sebelum itu jangan lupa perkara dibawah, jika anda seorang pemelihara arnab yang penyayang.
  • Sayangilah arnab-arnab anda,

 

  • Mereka itu juga adalah makhluk Allah yang ada perasaan, layanilah ia sewajarnya.
  • Jika mereka sakit, cepat cepat dapatkan rawatan dengan segera dari mereka yang bertauliah atau merawat sendiri.
  • Kenalpasti rujukan veterinar atau orang yg berpengalaman sebelum memelihara arnab ini, supaya anda tahu kemana hendak dirujuk jika arnab anda sakit.
  • Pelajarilah ilmu tentang jenis-jenis penyakit arnab, teknik pemakanan dan penjagaannya.
  • Pelajari juga hukum-hakam dan peraturan Islam sebelum mengembiri/kasi arnab arnab anda.
  • Jangan abaikan makan minum arnab-arnab anda, kerana tanpa kasih sayang dari anda siapalah mereka.

 

 

SELAMAT BERGEMBIRA DENGAN ARNAB ANDA.
 ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Dear Rabbitgroup customers, Thank you for getting your pet from us.
Prior to that, do not forget the things below, if you are a keeper of a loving rabbit.
  •      Love your bunny-rabbit,
  •      They also are creatures of God that there is a sense, serve it properly.
  •      If they get sick, quickly seek treatment immediately from a qualified or treat their own.
  •      Identify referral veterinary or someone knowledgeable before the rabbit was kept, so      you know where to refer if the sick rabbit.
  •      Learn the science of the type of rabbit diseases, nutrition and care techniques.
  •      Also learned the limits of Islamic rulings and regulations before your bunny rabbits infertile.
  •      Do not skip meals and drink your bunny-rabbit, because without love you are one of them.

Have fun WITH YOUR RABBIT.